Friday, August 26, 2011

Akhir Ramadhan & Persiapan Syawal

Okeh hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan berpuasa lepas tu raya...yehuuuuuuuuuu *itu kalau budak-budak* tapi kalau kita yang sudah besar *sedikit* insyaAllah akan berkata macam ni..alhamdulillah ramadhan kali ni Allah permudahkan segala pekerjaan aku..eh ye ke? ke x? Apa-apa pun macam-macam ragam dan aktiviti kita lately ni.kan kan kan? Apa yang aku nampak...daripada pemerhatian aku..macam-macam hal jadi disekeliling aku.

Tarawih

Alhamdulillah walaupun tak penuh sebulan tapi aku rasa lebih baik sikit daripada ramadhan yang lepas :). Cakap pasal tarawih ni aku rasa semua orang tau senario tarawih ni. Mula-mula puasa saf penuh..dalam 5 6 baris saf (perempuan). Bagi aku banyak la. Bila pertengahan  banyak yang buat sampai 8 then keluar. Dan seminggu akhir ni tinggal 3 4 baris saf je. Okeh pasal yang buat 8 rakaat ni..aku tak kisah la kan. Tapi yang kadang-kadang buat aku rasa kisah sebab bila saf depan kosong, hamba-hamba Allah yang duduk saf belakang bukannya nak isi kat depan. Kena tegur dulu...panggil suruh penuhkan saf depan.Tu pun 2 3 kali ajak gak la.Yang aku tak faham tak reti-reti ke nak penuhkan tanpa orang suruh??? Hmmm...tah lerrr aku pun macam malas nak cakap sangat hal ni.



Mercun

Wahhh...mercun. Sabor je lah aku. Eh..tapi apa yang aku perasan tahun ni bunyi mercun tak semeriah raya yang lepas-lepas. Ke kat taman aku je macam tu?  Mungkin kalau kat kampung-kampung mesti meriah kot. Tak remaja ke kalau tak main? Tak ada zaman budak-budak ke kalau tak main? Tapi yang pastinya abah aku memang tak suka aku dan adik-beradik aku main mercun. Kesian pula aku tengok adik lelaki aku tu. Bila balik kampung je boleh main. Ye la dah sepupu main tak kan dia nak tengok saja kan.

Baju Raya

Haaa...bab baju raya ni aku bet la girls yang akan juara bab ni. Setiap tahun mesti 3 4 pasang baju raya. Dan aku yakin sangat sebelum puasa dan beli atau buat baju raya kan..? Ahhh tak payah la nak nafi. Lelaki pula gila simple ah. Ye ke? Majoritinya macam tu. Setahun sepasang baju Melayu...tak pun pakai balik baju raya tahun lepas. Aku? A..ku..aku tahun ni sepasang je. Tu pun kebetulan beli. Kalau tak baju tahun lepas je nak pakai. Tah lerr..makin meningkat umur dewasa ni aku tak ada la excited sangat pasal baju raya ni. Ada alhamdulillah tak ada pun aku tak kesah. Errkkk..tapi kenapa ekk? Perubahan hormon ke atau sedang hadapi krisis identiti *okeh alasan yang tak munasabah*. Serius aku cakap aku tak kisah.



Kuih Raya

Nyum..nyumm..aku suka tart nenas dan samprit. Gila ahh suka tahap tak ingat orang sekeliling kalau ada dua jenis kuih ni depan aku *itu pun kalau kuih tu betul-betul sedap* ngehngehngeh. Haaa...ni lagi satu hobi girls. Walaupun tak pandai sangat masak tapi bab kuih ni boleh la tahan. Kat facebook dah updated kuih yang nak buat. Nampak la keterujaannya tu. Aku?? Err..ak...aku..aku..tumpang kuih saudara mara je. Hehehe.. alarhhh tempah je kot. Bukan kot tapi memang mak aku dah tempah awal-awal puasa lagi. Bukan aku tak nak buat tapi..aku tak reti. Nak buat sendiri tu memang teringin sangat..tengoklah setahun dua lagi mungkin aku buat sendiri. ha.ha.ha entah la.


Hmmm...apa-apa pun ramadhan setahun sekali macam tu juga raya. So..dalam masa beberapa hari saja lagi ramadhan akan tinggal kita. Di kesempatan yang masih berbaki 2 3 hari ni kita guna masa yang ada untuk kumpul pahala. Dan semoga raya yang akan menjelang membawa seribu cerita indah kita bersama keluarga. Aminnn.. (^_^)


1 comment:

  1. best enri.. sesedap nasi koboi..... aku sukakannya... hehehehehehe

    ReplyDelete