Hailaaa....result untuk short sem dah keluar.Tapi result aku tak sampai lagi. Tak tahu lerr kenapa lambat. Kawan2 aku dah dapat.Ishhh..aku tau ler aku duk kat pulau tapi kalau ye pun takkan la tercicir kat tengah laut kot. Adoiiii..tapi ok la juga tak sampai lagi sebabnya aku belum bersedia nak tengok result yang ntahapapantah..
Okeh.Aku terlupa nak buat entri untuk ramadhan ni. >>> Selamat Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Hope puasa kali ni lebih baik, lebih bermakna, lebih melakukan amalan sunat, kalau dulu buat solat sunat terawih hanya sepuluh kali dalam sebulan *terasa* jadi kali ni biarlah lebih daripada tu, solat wajib mestilah penuh, kalau dulu 'ter'tinggal satu dua waktu jadi bermula dengan puasa ni berazam tekad pas ni dah tak nak tinggal, kalau dulu solat nak selalu buat pada hujung2 waktu *terasa lagi* pas ni kita cuba buat pada awal waktu, banyakkan berdoa dan lain2 lagi.
Hmmmmm...dah seminggu kita berpuasa. Alhamdulillah...Dan aku pun dah pandai la sikit2 bab memasak ni sebab aku selalu
Pasal raya tak fikir lagi. Lambat lagi nak raya.So, sempena bulan yang penuh berkat ni kita cuba guna masa sebaik mungkin dengan perkara yang berfaedah. Kalau dulu selalu duk lepak jadi pada bulan mulia ni kita gantikan masa lepak dengan membaca al-quran okeh.
Jadi..selamat berpuasa untuk diri sendiri..ngehngehngeh :))
"Wahai orang-orang yang beriman,telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Baqarah - 183)

No comments:
Post a Comment