Terjaga aku dari mimpi
Aku mengeluh
Mengeluh kerana kecewa
Dengan diriku
Pagi ini seperti semalam
Masih lagi banyak kekurangan
Masih lagi menjadi hambaNya yang
BODOH lagi SOMBONG
Ya Rabbi..
Seperti apakah aku ini?
Masih terleka dibuai mimpi
yang diskripkan oleh musuhku
Ya Rabbi...
Mahu jadi apakah aku ini?
Masih lalai menjalankan kewajipanku
Masih mengambil ringan akan suruhanMu
Ya Rabbi..
Aku punya rasa cemburu
Pada mereka yang sentiasa mengingatiMu
Yang sentiasa membasahkan lidah
Dan membersihkan hati
Dengan berzikir dan terus memujiMu
Tapi ..aku...
Ya Rabbi..
Kau ampunilah aku
Aku begitu lemah melawan
musuh dalam diriku
Berikanlah aku kekuatan Ya Allah
Berikanlah aku taufik dan hidayahMu
Aku takut akan pembalasanMu
Namun..aku masih mengingkari arahanMu
Ya Allah...
Amat rugilah diriku
Jika aku berterusan seperti ini
Jangan biarkan aku keseorangan Ya Allah..
Aku amat memerlukanMu sentiasa disisiku
Agar aku tidak terus terlena dalam sedarku..

No comments:
Post a Comment