Aku bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang ?
Mak jawab, kedua-duanya bukan.Aku tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.” Aku menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.Mana mungkin aku mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas aku pun mak mampu membacanya.Yang paling tahu hanya Allah.Mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.Mak menyusun ayat-ayatnya. “Keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Aku memintas,tak faham..Mak menyambung “Cinta dalam jalan Allah..bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah aku merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” Aku tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak. “Kakak.. jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah.Tetapi kita kena ingat.Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya”.. Tiba-tiba air mata aku mengalir. Argh! Ego aku kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Bercinta sebelum kahwin ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi,tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan”.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada aku persoalan hati ini. “Kakak..jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah,kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.Kakak..Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya.Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.Sebab kita nak dia pegang kukuh hati kita.Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti".
Emak berhenti seketika..merenungku dengan penuh kasih.. "Kakak..Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur”.
Sekali lagi berjuraian air mata aku turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.Emak menarik tubuh aku dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Jadi disini..apa yang aku faham..apa pun yang kita nak lakukan mestilah kerana Allah..Ini kerana jika kita kaitkan Allah dalam apa yang kita lakukan insyaAllah kita akan terhindar daripada melakukan perkara yang dilarangNya.Sesungguhnya kita nak mengejar keredhaanNya.Jadi begitu juga dalam percintaan kita perlu letak Allah pertama dalam hati kita.Keduanya Rasulullah.Ketiga ibu bapa+keluarga dan dia yang diciptakan untuk kita.Insya-Allah kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.Apa gunanya kita hidup 1000 tahun tanpa memperoleh keredhaan dan keberkatan daripada Allah.Jika kita letakkan Allah pertama dalam hidup kita..insyaAllah kita akan dapat nikmati cinta yang halal dengan orang yang ditentukan untuk kita.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al- Baqarah : ayat 216)
Sumber : Khazinatul Asrar.
p/s : tapi telah diedit di beberapa tempat.

No comments:
Post a Comment