Tuesday, June 28, 2011

Sesuatu yang Berbeza

Tak tahu nak buat entri apa..so layan je lah lagu nih..


Nak ku luah tak terdaya
Nak ku simpan..terasa resah
Apa aku harus lakukan?

Diredhai, dirahmati, diberkati??
Semuanya aku minta, aku mohon
Untuk secebis rasa ini
Moga kau mengerti...

p/s : 100% sama.

Sunday, June 26, 2011

Assalamualaikum wbt

Empat Perkara Sebelum Tidur Dan Setelah Bangun..

PENDAHULUAN

Surah Al Baqarah [2] : [255]

.....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Pengenalan

Risalah ini bertujuan mengemukakan hadis-hadis sahih dari Rasulullah saw mengenai amalan beliau sebelum tidur dan apakah yang dilakukan oleh beliau sewaktu bangun dari tidurnya. Tidur dan bangun sebenarnya adalah perkara yang sangat penting, kerana ia adalah pemula kepada kehidupan seharian (perlu dibincang dalam risalah yang lain).

Ini adalah sunnah Rasulullah saw, jika tidak dapat melaksanakan kesemuanya janganlah pula kita meninggalkan kesemuanya. Hadis-hadis ini hanya pilihan dan pemilihannya diantaranya terdapat yang paling mudah untuk diamalkan.

Selain itu semoga risalah ini dapat mengganti risalah hadis mengenai empat perkara sebelum tidur yang tidak diketahui asal usul hadis tersebut tetapi kian tersebar di setiap laman web. Semoga Allah melindungi kita dari ilmu yang tidak bermanfaat dan menambahkan ilmu yang bermanfaat kepada kita semua.

Hadis-Hadis Dari Rasulullah saw

Sahih Bukhari

1. Dari Abu Salim r.a : Nabi saw bersabda, “Kalau kamu tidur, jangan dibiarkan api menyala dalam rumahmu.” [1730]

Dalam riwayat lain disebutkan juga agar mengunci pintu, tutup tempat simpanan air dan menyimpan makanan dan minuman (tidak terdedah). Terdapat juga anjuran agar mengibas-ngibaskan tempat tidur tiga kali sambil menyebut nama Allah.

2. Dari Huzaifah r.a, katanya : Nabi saw ketika membaringkan diri di tempat tidur di malam hari, beliau letakkan tangannya di bawah pipinya (mengereng ke kanan) kemudian beliau berdoa, “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa” (Ya Allah, dengan nama-Mu aku mati dan hidup).

Setelah bangun beliau berdoa, (Terjemahan : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah dimatikan-Nya dan kepada-Nya kami akan bangkit kembali.” [1734]

3. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kalau seorang wanita (isteri) tidur dengan menjauhkan diri dari suaminya, maka malaikat melaknati wanita itu sampai ia kembali kepada suaminya.” [1606]

4. Sesiapa yang membacanya (Ayat Al-Qursi atau Surah Al-Baqarah : 255) ketika hendak tidur, dia akan dipelihara Allah dan syaitan tidak akan menghampirinya sehingga waktu pagi. [Al-Bukhari dalam Fathul Bari]

Sahih Muslim

1. Dari Al Bara’ bin Azib r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila engkau hendak tidur, maka berwudhuklah terlebih dahulu seperti wudhukmu untuk solat. Kemudian berbaringlah atas rusukmu yang kanan, kemudian berdoa :

(Terjemahan : Ya Allah, Aku tundukkan wajahku di hadapan-Mu. Ku serahkan segala urusanku kepada-Mu. Ku serahkan diriku kepada-Mu dengan penuh harap (akan pahala-Mu) dan takut akan siksa-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat melepaskan diri melainkan kepada-Mu jua. Aku iman dengan kitab-Mu yang Engkau turunkan dan dengan Nabi-Mu yang diutus).

Dan jangan berkata-kata lagi sesudah itu. Jika engkau mati malam itu, maka engkau mati dalam keadaan fitrah (suci). [2332]

Terdapat banyak lagi doa-doa yang dianjurkan tetapi satu sudah memadai dan ini lafaz yang terdapat berwudhuk terlebih dahulu sebelum tidur.

Sahih Abu Daud

1. Dari Naufal r.a : Nabi saw berkata kepadanya, “Bacalah (Surah Al-Kafiruun) kemudian tidurlah ketika sampai pada akhirnya (baca sehingga habis). Sesungguhnya itu ada pembebas dari perbuatan syirik.” [5055]

2. Dari Aisyah r.a katanya : Nabi saw apabila hendak beranjak ke tempat tidurnya setiap malam, beliau menyatukan kedua tapak tangannya lalu meniupkan keduanya dan membacakan keduanya Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Kemudian beliau mengusap dengan keduanya bahagian mana sahaja semampunya. Beliau memulainya dari atas kepala dan wajahnya dan bahagian belakang dari badannya. Beliau melakukan perkara itu tiga kali.” [5056]

3. Dari Ubadah bin Somit r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa terbangun di sebahagian malam dan ia mengucapkan ketika ia terbangun;

Laa ilaha illallaah (Tiada tuhan selain Allah),

Wahdahu laa syariikalah (Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya),

Lahulmuluku wa lahulhamdu wa huwa ‘alaa kulli syai-ingg qadiir (Miliknya semua kerajaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu),

Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaha illallaah, wallahuakbar,

Walaa ‘haula walaa quwwata illa billah (Tiada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan Allah).

Kemudian ia berdoa, ‘Rabbighfirlii’ (Ya Rabb, ampunilah aku).

Al-Walid berkata, ‘Atau ia berkata, “Ia berdoa maka akan dikabulkan doanya. Apabila ia bangun dari tidurnya kemudian berwudhuk untuk solat, maka solatnya diterima.” [5060]

4. Dari Ali r.a : ....(Diringkaskan dimana Nabi saw berbicara kepada Aisyah r.a) “Mahukah kalian aku khabarkan sesuatu yang lebih baik dari yang kalian minta apabila kalian hendak beranjak tidur?

Bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali dan ucapkanlah Tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan ucapkanlah takbir (Allahuakbar) 34 kali, itu semua lebih baik dari seorang pembantu.” [5062]

Sahih Ibnu Majah

1. Dari Aisyah r.a : Nabi saw jika hendak pergi ke tempat tidurnya, maka beliau akan meniupkan pada kedua telapak tangannya dan membaca surah al-Mu’awwidzatain (Surah Al-Falaq dan An-Nas), kemudian beliau usapkan badannya dengan kedua tangannya tersebut. [3138]

2. Dari Muadz bin Jabal r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah seorang hamba tidur di malam hari dalam keadaan suci, kemudian terbangun di tengah malam lalu ia memohon sesuatu kepada Allah dari perkara dunia mahupun perkara akhirat, nescaya akan diberikan kepadanya (dikabulkan permintaannya) itu.” [3145]

Sahih Nasa’i

1. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian bangun dari tidurnya lalu berwudhuk, maka hendaklah ia menghirup air ke dalam hidung lalu mengeluarkannya kembali sebanyak tiga kali kerana syaitan tinggal (bermalam) di dalam batang hidungnya.” [0090]

2. Dari Abdullah bin Abu Qais r.a, dia berkata : Aku bertanya kepada Aisyah, ‘Bagaimana Rasulullah saw tidur (adakah) dalam keadaan junub? Apakah beliau mandi sebelum tidur? Atau tidur sebelum mandi?

Aisyah menjawab, ‘Semua dilakukan oleh Rasulullah saw. Kadangkala beliau mandi dulu sebelum tidur dan kadangkala (hanya) berwudhuk lalu tidur.” [0402]

Tambahan : Jika Rasulullah saw dalam keadaan junub, jika beliau tidak mandi wajib beliau akan berwudhuk terlebih dahulu kemudian baru tidur.

3. Dari Abdullah bin Zaid bin Ashim, dia pernah melihat Rasulullah saw (tidur) terlentang di masjid dengan meletakkan salah satu kakinya di atas kaki yang lain. [0720]

Tambahan : Tiada masalah untuk tidur di dalam masjid, tetapi sangat menghairankan terdapat papantanda di beberapa masjid yang tertulis ‘Dilarang Tidur Dalam Masjid’. Mungkin ada sebab-sebab tertentu larangan itu tetapi ubahlah perkataannya agar tidak menyalahi sunnah Rasulullah saw. Contoh, ‘Hormatilah Masjid’ atau “Allah Melihat Apa Yang Kamu Kerjakan’ atau lain-lain yang tidak menyalahi sunnah.

4. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.

(a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.

(b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan

(c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).

Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]

Dalam riwayat lain terdapat juga agar membangunkan juga isterinya, anak-anaknya, menantunya atau ahli keluarganya yang lain untuk solat malam.

Penutup

Ini hanya sedikit sahaja doa-doa dan amalan dari Rasulullah saw dan banyak lagi yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang lain. Sekiranya kita tidak mampu buat semua perkara di atas, janganlah pula kita meninggalkan semuanya. Berusahalah buat sekadar yang termampu.

Mengenai fadhilatnya, ada yang Rasulullah saw menjelaskannya dan ada pula tiada penjelasan mengenainya. Namun apa yang patut kita sedari adalah, fadhilat terbesarnya adalah pahala mengikut Rasulullah saw dan menjadi umat Nabi Muhammad saw yang mencintainya dan melaksanakan sunnahnya. Cukup firman Allah Subhana wa Ta’ala sebagai pedoman;

Terjemahan : Surah Al-Anfaal [8] : 24

24. Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.

Terjemahan : Surah An-Nisaa' [4] : 69

69. Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu : Nabi-nabi, para siddiiqiin (orang-orang yang jujur atau amanah), orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.


Perlu diingat, dalam beberapa riwayat terdapat hadis mengatakan, jika kita hendak tidur dan cuba untuk mengamalkan sunnah Rasulullah saw di atas, syaitan akan datang dan melekakan kita sehingga kita tertidur tanpa melaksanakan sunnah tersebut.

Wallahu’alam.




perkongsian @ sumber : Fiza Omar

Thursday, June 23, 2011


Subuh yang indah
diiringi kicauan burung
beralun zikir
memuji kebesaran Maha Pencipta
Alhamdulillah masih diberi nafas
menikmati kehidupan
Alhamdulillah masih diberi kekuatan
melaksanakan kewajipan sebagai hambaNya


Termenung seketika
masih banyak ketinggalan
masih banyak yang bertangguh
masih banyak perlu dipelajari
semoga apa yang diingini tercapai
Allah tidak melihat natijahnya tetapi..
Allah lihat usaha hamba-hambaNya
Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat..

Thursday, June 9, 2011

x rugi la tengok


agak menarik cter ni n x rugi kalu tgok
belum official kuar ag aku dh tgok cter ni..
memang syok
xde babak jiwang2 karat
banyak babak brgaduh je
dari awal sampai akhir
gaduh je keje nye
tu je kot aku nak citer
selebih nye tengok sendri
hehehehe

Wednesday, June 8, 2011

Hatimu untuk siapa??


Aku bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang ?
Mak jawab, kedua-duanya bukan.Aku tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.” Aku menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.Mana mungkin aku mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas aku pun mak mampu membacanya.Yang paling tahu hanya Allah.Mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.Mak menyusun ayat-ayatnya. “Keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Aku memintas,tak faham..Mak menyambung “Cinta dalam jalan Allah..bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”  
Wajah aku merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” Aku tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak. “Kakak.. jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah.Tetapi kita kena ingat.Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya”.. Tiba-tiba air mata aku mengalir. Argh! Ego aku kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Bercinta sebelum kahwin ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi,tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan”. 
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada aku persoalan hati ini. “Kakak..jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah,kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.Kakak..Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya.Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.Sebab kita nak dia pegang kukuh hati kita.Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti". 
Emak berhenti seketika..merenungku dengan penuh kasih.. "Kakak..Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur”.  
Sekali lagi berjuraian air mata aku turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.Emak menarik tubuh aku dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Jadi disini..apa yang aku faham..apa pun yang kita nak lakukan mestilah kerana Allah..Ini kerana jika kita kaitkan Allah dalam apa yang kita lakukan insyaAllah kita akan terhindar daripada melakukan perkara yang dilarangNya.Sesungguhnya kita nak mengejar keredhaanNya.Jadi begitu juga dalam percintaan kita perlu letak Allah pertama dalam hati kita.Keduanya Rasulullah.Ketiga ibu bapa+keluarga dan dia yang diciptakan untuk kita.Insya-Allah kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.Apa gunanya kita hidup 1000 tahun tanpa memperoleh keredhaan dan keberkatan daripada Allah.Jika kita letakkan Allah pertama dalam hidup kita..insyaAllah kita akan dapat nikmati cinta yang halal dengan orang yang ditentukan untuk kita.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al- Baqarah : ayat 216)
Sumber : Khazinatul Asrar.
p/s : tapi telah diedit di beberapa tempat.

Saturday, June 4, 2011

Antara Dua Cinta



Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Barukan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mencengkam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mangumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh.


oleh : Pahrol Mohamad Juoi
sumber : Majalah Solusi edisi 32 :)

Terjaga aku dari mimpi
Aku mengeluh
Mengeluh kerana kecewa
Dengan diriku

Pagi ini seperti semalam
Masih lagi banyak kekurangan
Masih lagi menjadi hambaNya yang
BODOH lagi SOMBONG

Ya Rabbi..
Seperti apakah aku ini?
Masih terleka dibuai mimpi
yang diskripkan oleh musuhku

Ya Rabbi...
Mahu jadi apakah aku ini?
Masih lalai menjalankan kewajipanku
Masih mengambil ringan akan suruhanMu

Ya Rabbi..
Aku punya rasa cemburu
Pada mereka yang sentiasa mengingatiMu
Yang sentiasa membasahkan lidah 
Dan membersihkan hati
Dengan berzikir dan terus memujiMu
Tapi ..aku...

Ya Rabbi..
Kau ampunilah aku
Aku begitu lemah melawan
musuh dalam diriku
Berikanlah aku kekuatan Ya Allah
Berikanlah aku taufik dan hidayahMu

Aku takut akan pembalasanMu
Namun..aku masih mengingkari arahanMu

Ya Allah...
Amat rugilah diriku
Jika aku berterusan seperti ini
Jangan biarkan aku keseorangan Ya Allah..
Aku amat memerlukanMu sentiasa disisiku
Agar aku tidak terus terlena dalam sedarku..

Friday, June 3, 2011

Khilafku..


Tika termenung aku...
Terlayar peristiwa semalam
Ya Allah..Kau ampunilah dosa-dosaku
Kenapa aku begitu BODOH!!
dan....
Ahhh..andai boleh DELETE
Dah lama aku buang jauh
Mungkin Dia nak jadikan 
itu sebagai pengajaran untukku
Aku menyesal..sangat menyesal
Khilafku..aku sendiri tak dapat maafkan
Aku cuba baiki diri
KeranaMu ya Allah...



p/s : orang cakap kalau kita maafkan orang yang melakukan kesalahan terhadap kita atau maafkan diri kita sendiri jika melakukan kesalahan..insyaAllah hati dan jiwa kita akan tenang.
Tapi...ada juga sesetengah perkara kita susah nak maafkan individu tersebut atau diri kita sendiri di atas kesalahan yang pernah dilakukan..