Tuesday, October 25, 2011
PAHANG NEGERIKU
Sejarah menunjukkan bahawa cogan yang menjadi lambang kebesaran kerajaan negeri Pahang iaitu gading gajah yang bersilang dengan bayangan daun kahwa (kopi) dijelmakan dalam bentuk mata tombak ditengahnya serta dirangkaikan huruf ‘’YA-ALIF LAM THO YAA FA’’ iaitu ‘’YA-LATIFF’’ pada sebelah kanan dan kiri diantara hujung sebelah atas dua gading gajah bersilang dengan bilah mata tombak. ‘’YA-LATIFF’’ ialah zikir dalam amalan ibadah agama Islam, satu dari 99 nama Allah. Menurut pengkaji sejarah inilah satu daripada kelebihan dan ketinggian nilai penghormatan yang ada diterapkan pada cogan kerajaan negeri Pahang dari dahulu hingga sekarang dan mudah-mudahan hingga ke akhir zaman. Demikian jugalah hendaknya gandingan warna putih-hitam bendera negeri Pahang yang dihormati dan disanjung tinggi terus menjadi kesayangan dan kebanggan rakyat dan penduduk negeri Pahang selama-selamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

saya anak Pahang jugak!! :)
ReplyDeletemenkarak lerrrr
ReplyDelete