Friday, August 26, 2011

Akhir Ramadhan & Persiapan Syawal

Okeh hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan berpuasa lepas tu raya...yehuuuuuuuuuu *itu kalau budak-budak* tapi kalau kita yang sudah besar *sedikit* insyaAllah akan berkata macam ni..alhamdulillah ramadhan kali ni Allah permudahkan segala pekerjaan aku..eh ye ke? ke x? Apa-apa pun macam-macam ragam dan aktiviti kita lately ni.kan kan kan? Apa yang aku nampak...daripada pemerhatian aku..macam-macam hal jadi disekeliling aku.

Tarawih

Alhamdulillah walaupun tak penuh sebulan tapi aku rasa lebih baik sikit daripada ramadhan yang lepas :). Cakap pasal tarawih ni aku rasa semua orang tau senario tarawih ni. Mula-mula puasa saf penuh..dalam 5 6 baris saf (perempuan). Bagi aku banyak la. Bila pertengahan  banyak yang buat sampai 8 then keluar. Dan seminggu akhir ni tinggal 3 4 baris saf je. Okeh pasal yang buat 8 rakaat ni..aku tak kisah la kan. Tapi yang kadang-kadang buat aku rasa kisah sebab bila saf depan kosong, hamba-hamba Allah yang duduk saf belakang bukannya nak isi kat depan. Kena tegur dulu...panggil suruh penuhkan saf depan.Tu pun 2 3 kali ajak gak la.Yang aku tak faham tak reti-reti ke nak penuhkan tanpa orang suruh??? Hmmm...tah lerrr aku pun macam malas nak cakap sangat hal ni.



Mercun

Wahhh...mercun. Sabor je lah aku. Eh..tapi apa yang aku perasan tahun ni bunyi mercun tak semeriah raya yang lepas-lepas. Ke kat taman aku je macam tu?  Mungkin kalau kat kampung-kampung mesti meriah kot. Tak remaja ke kalau tak main? Tak ada zaman budak-budak ke kalau tak main? Tapi yang pastinya abah aku memang tak suka aku dan adik-beradik aku main mercun. Kesian pula aku tengok adik lelaki aku tu. Bila balik kampung je boleh main. Ye la dah sepupu main tak kan dia nak tengok saja kan.

Baju Raya

Haaa...bab baju raya ni aku bet la girls yang akan juara bab ni. Setiap tahun mesti 3 4 pasang baju raya. Dan aku yakin sangat sebelum puasa dan beli atau buat baju raya kan..? Ahhh tak payah la nak nafi. Lelaki pula gila simple ah. Ye ke? Majoritinya macam tu. Setahun sepasang baju Melayu...tak pun pakai balik baju raya tahun lepas. Aku? A..ku..aku tahun ni sepasang je. Tu pun kebetulan beli. Kalau tak baju tahun lepas je nak pakai. Tah lerr..makin meningkat umur dewasa ni aku tak ada la excited sangat pasal baju raya ni. Ada alhamdulillah tak ada pun aku tak kesah. Errkkk..tapi kenapa ekk? Perubahan hormon ke atau sedang hadapi krisis identiti *okeh alasan yang tak munasabah*. Serius aku cakap aku tak kisah.



Kuih Raya

Nyum..nyumm..aku suka tart nenas dan samprit. Gila ahh suka tahap tak ingat orang sekeliling kalau ada dua jenis kuih ni depan aku *itu pun kalau kuih tu betul-betul sedap* ngehngehngeh. Haaa...ni lagi satu hobi girls. Walaupun tak pandai sangat masak tapi bab kuih ni boleh la tahan. Kat facebook dah updated kuih yang nak buat. Nampak la keterujaannya tu. Aku?? Err..ak...aku..aku..tumpang kuih saudara mara je. Hehehe.. alarhhh tempah je kot. Bukan kot tapi memang mak aku dah tempah awal-awal puasa lagi. Bukan aku tak nak buat tapi..aku tak reti. Nak buat sendiri tu memang teringin sangat..tengoklah setahun dua lagi mungkin aku buat sendiri. ha.ha.ha entah la.


Hmmm...apa-apa pun ramadhan setahun sekali macam tu juga raya. So..dalam masa beberapa hari saja lagi ramadhan akan tinggal kita. Di kesempatan yang masih berbaki 2 3 hari ni kita guna masa yang ada untuk kumpul pahala. Dan semoga raya yang akan menjelang membawa seribu cerita indah kita bersama keluarga. Aminnn.. (^_^)


Sunday, August 21, 2011

aku b.o.s.a.n

Aku lelah dengan topik dan perbincangan yang sama..
aku letih dengan soalan dan teguran yang sama..
aku penat dengan komen dan cadangan yang pelbagai..
kalau aku boleh putar masa kembali ke zaman kanak-kanak yang tak perlu fikirkan semua ni..
kalau boleh aku undur masa membetulkan apa yang salah *tapi benda ni boleh ke nak dielakkan*..
kalau boleh aku hentikan masa sementara mengumpulkan keyakinan yang semakin hari semakin berkurangan *sigh*

perkataan KALAU memang mustahil nak berlaku dah..
ahaaaaa....okeh sekian~
-aku betul-betul bosan dengan perkara ni-

Wednesday, August 17, 2011

CINTA




C . I . N . T . A

C - cantik dalam dan luar..yakni rohani dan jasmani
I - iman adalah benteng yang kukuh untuk diri
N - nawaitu perlu sentiasa betul
T - taqwa yang membezakan hamba-hambaNya
A - Allah adalah segalanya. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali

Tuesday, August 16, 2011



Mencari apa yang dirasakan kosong
Tapi masih tak ketemu
Mencari apa yang hilang
Tapi masih tak ketahui

Sudah..kini buntu
Cuba tidak mempedulikan
Namun makin hari makin rasa keliru
Mencerna apa yang ada difikiran
Berakhir dengan kekusutan

Dia..kebetulan atau takdir
Dia...sahabat atau apa
Dia...sayang atau cinta
Sesuatu yang fitrah manusia

Malam..entah yang keberapa
Mengharap terus mengharap
Atau biar saja dan berputus asa
Hanya tunggu dan berserah

Sabar yang makin tipis
Ego yang mula menebal
Rasa yang sudah tak dapat dipastikan
Menanti...keesokan harinya pula

Apakah ini tandanya
Berhenti daripada mencari
Berhenti daripada mengharap
Berhenti daripada menanti
Berhenti daripada segala-galanya

Ahhh....emosi sesuatu yang rumit
Sukar untuk dimengertikan
Walau tuan punya diri
Masih cuba untuk memahami

Cuba kumpulkan kekuatan
Sebanyak yang boleh
Setinggi yang mungkin
Untuk terus mencari..mengharap..menanti..

Monday, August 8, 2011

Wahhhh...dah lama aku tak update nih.Aku tak tau nak buat entri apa (tengah memikir sambil dengar ceramah Ustaz Kazim - Andai Aku Pergi Dulu...)

Hailaaa....result untuk short sem dah keluar.Tapi result aku tak sampai lagi. Tak tahu lerr kenapa lambat. Kawan2 aku dah dapat.Ishhh..aku tau ler aku duk kat pulau tapi kalau ye pun takkan la tercicir kat tengah laut kot. Adoiiii..tapi ok la juga tak sampai lagi sebabnya aku belum bersedia nak tengok result yang ntahapapantah..

Okeh.Aku terlupa nak buat entri untuk ramadhan ni. >>> Selamat Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Hope puasa kali ni lebih baik, lebih bermakna, lebih melakukan amalan sunat, kalau dulu buat solat sunat terawih hanya sepuluh kali dalam sebulan *terasa* jadi kali ni biarlah lebih daripada tu, solat wajib mestilah penuh, kalau dulu 'ter'tinggal satu dua waktu jadi bermula dengan puasa ni berazam tekad pas ni dah tak nak tinggal, kalau dulu solat nak selalu buat pada hujung2 waktu *terasa lagi* pas ni kita cuba buat pada awal waktu, banyakkan berdoa dan lain2 lagi.

Hmmmmm...dah seminggu kita berpuasa. Alhamdulillah...Dan aku pun dah pandai la sikit2 bab memasak ni sebab aku selalu tolong tengok mak aku masak. Kira okeh la tu.Puasa kali ni sebulan berpuasa kat rumah. So, duk saja kat rumah. Kawan2 sibuk bekerja.Rajin3...

Pasal raya tak fikir lagi. Lambat lagi nak raya.So, sempena bulan yang penuh berkat ni kita cuba guna masa sebaik mungkin dengan perkara yang berfaedah. Kalau dulu selalu duk lepak jadi pada bulan mulia ni kita gantikan masa lepak dengan membaca al-quran okeh.

Jadi..selamat berpuasa untuk diri sendiri..ngehngehngeh :))

"Wahai orang-orang yang beriman,telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."  (Al-Baqarah - 183)