Wednesday, June 5, 2013

ikhlas kn lah hati hamba mu yg membaca nya ya allah

1) Allah berfirman kepada nabi Muhammad SAW bahawa katakanlah kepada sesiapa yang bertanya kepadamu mengenai tuhan kamu, maka Dialah Allah tuhan yang maha Esa.
2) Tidak sepatutnya di abdikan diri melainkan hanya kepada Allah, Dialah tuhan tempat manusia bergantung dan meminta segala hajat dan keperluan yang berterusan (sampai bila-bila).
3) Dia tidak akan pupus, yakni Dia tidak melahirkan apa-apa malah Dialah yang mematikan setiap suatu yang akan punah dengan pastinya. Dia juga bukanlah menjadi ada dengan kejadian (atau kelahiran), yakni bukanlah Dia dari suatu yg tiada kepada ada, tetapi Dia dari awalnya memang Wujud dan akan kekal selama-lamanya.
4) Dan tidak ada satu pun yang serupa denganNya atau yang sepertiNya, yakni Dialah Allah yang Maha Esa dan tidak ada apa pun yang sama denganNya.