Saturday, July 16, 2011

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..kita masih diberi peluang untuk bernafas, untuk menikmati segala keindahan alam ciptaan Allah, masih lagi diberi nikmat yang tidak terhingga, masih diberi kesihatan yang baik dan sebagainya. Sempena malam nisfu syaaban pada malam ni, marilah sama-sama kita meminta keampunan dan banyakkan berdoa.


Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].


Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swtmengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” 


Jadi marilah kita mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam ini untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam ini..

Thursday, July 14, 2011



POKOK IMAN
Akhlak umpama buah pada pohon iman. Akar tunjung pada pohon itu adalah persoalan iman, batangnya ialah rukun Islam, dahannya persoalan fardhu kifayah, rantingnya umpama amalan-amalan sunat manakala akhlak adalah buahnya.



ANALOGI SEBATANG POKOK
Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.
Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan. 
Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.
So, kita perlulah menjadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar.

Tuesday, July 5, 2011


Saat ini..
Aku cuba mencerna setiap abjad yang ditulis
Cuba memahami isi yang ingin disampaikan
Lagaknya bagai menghadapi ujian bulanan sekolah


Ya..ini pun satu ujian untukku
Ujian kehidupan!
Belum lagi bermula
Belum sempat melangkah
Sudah rebah dan tersungkur


Itu bukan bermakna detik untuk aku kecewa
Tetapi detik untuk aku belajar menjadi lebih tabah dan kuat
Bukan bermakna berakhirnya satu cerita
Tetapi baru bermula cerita hidup yang baru


Sungguh indah aturan hidup ini
Penuh dengan warna-warna kehidupan
Untuk melengkapkan setiap episod 
perjalanan hidup manusia.