Saturday, May 28, 2011

TEam BUildinG,LeaderSHip And SecreTAriAT TraINing (TEST '1 2011)

nama program yang aku join 4 ari ni (23-26 mei)
program ni wat kat FANTASIA RESORT,BALOK
pasl program ni bole laaa..
dapat la sket pngalaman
dapat la kenal ramai MPP UMP ni
hehehehe..
tapi yang pling menarik time TEAMBUIDING 1...
perggghhhh main air paya aku tgah2 malam..
tapi xpe..orang kata pengalaman kan,kne la cube..
hehehehe..
time TEAMBUILDING 2 pon menrik
pasal kumpulan aku bolot smua hamper tmpat pertama...
punye la x de belas kasihan..
go go go blue team..
kepada team merah,ijau,oren n kuning
sori laaaa..
bola sepak pantai,bola tampar pantai n tarik tali 2 dalam tgn je
tp aku pling ske men bola tampar,macam la aku x bese men zaman skolah dulu
first round pon aku dah balun 11-0 untuk team ijau
jangan marah ekkk..
so sepanjang program ni
kebanyakan taklimat atau ceramah amat menarik smpai aku pon de trlena jap
banyak input yg aku dapat
lebih2 ag pasal nk cari "profit"
itu saje untuk entri aku
sekian,trima kasih..hehehe
*pic xdpt d upload krana mslah teknikal.

Thursday, May 26, 2011

Buat Renungan Bersama

Assalamualaikum wbt..

Semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.


´¯`•.•★KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3
)



´¯`•.•★KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)



´¯`•.•★KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
 



´¯`•.•★KENAPA AKU FRUST?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)



´¯`•.•★BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)


´¯`•.•★APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)



´¯`•.•★KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)



´¯`•.•★AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)







p/s : kongsi daripada Fiza Omar

Sahabat


Assalamualaikum wbt..
Untuk sahabat..


Sahabat
Terima kasih menjadi sayap kiriku
Menasihatiku ketika aku buntu
Menegurku bila aku melakukan kesilapan
Memberi semangat ketika aku memerlukan
Dan meminjamkan telingamu setia mendengar masalahku

Sahabat
Terima kasih sentiasa ada untukku
Tika susah dan senang
Tanpa merungut dan mengungkit kembali
Dan sentiasa bersabar dengan karenahku

Sahabat
Maafkan aku
Andai aku menyakiti hatimu
Maafkan aku
Jika aku tiada saat kau memerlukan aku

Sahabat
Aku harap pengenalan kita
Bukan hanya persinggahan sementara
Tapi ukhuwah selamanya
Serta mendapat rahmat Allah

Sahabat
Aku juga harap pengenalan kita
Bukan hanya sebagai kawan untuk bersuka
Tapi saling menegur dan mengingati
Saling membimbing ke jalan yang diredhai

Sahabat
Ketahuilah aku amat menghargaimu
Dan menyayangimu
Aku cuba menjadi teman seperjuanganmu
Seiring dalam mengejar redha Ilahi


Taubat Seorang Hamba by Irsyadee feat Hafiz Hamidun

Assalamualaikum wbt...

Jom kita dengar lagu Taubat Seorang Hamba..






Friday, May 20, 2011

MUhASaBAh RiNGkAs




Haram tinggalkan solat Jumaat

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat zohor seperti biasa:

Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.

Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.

Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.

Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.

Perang - Orang yang berada di medan perang

.


Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat

Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.

Memotong kuku.

Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].

Bersugi.

Memakai wangi-wangian.

Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.

Bersegera pergi ke masjid.

Berniat Iktiqaf.

Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.

Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.



DaRi BloK J 08 ke R 07

tanggal 20 mei 2011
ari prtama aku jejak kn kaki ke rumah baru utk sem dpan
dari luar nmpak cantik pasl sblah je ngan tadika UMP ni
siap ade mesin RO ag kat luar umah aku 2..
tapi bile aku bukak je dlm umah
perggghhhhh.....
macam umah x siap
dgn ade bilik yg xde lektrik nye
dgn lampu dah trbakar nye
sape r dok umah ni sblom aku
memg tetttttt r...
aku msuk awal umah ni pon sbab trlibat ngan Ari Inovasi UMP
kalu x memg xleh nk check-in awal




*ni gambaran dkat ngan ruang tamu


*yang ni smpah kat tgah2..eeeiii pngotor2

*ni smpah2 dpan bilik aku



Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day

Assalamualaikum wbt..



Selamat Hari Guru kepada cikgu2 yang pernah mengajar saya terutamanye cikgu2 di Tadika Polis Pekan (1996). Tadika Balora Tg.Api (1996), SK St.Thomas (1997-2002), SMK St.Thomas (2003-2007), SAS (smggu je-2007), SMART (2008-2009), x lupe juga kepada guru2 Akademi Menara Gading serta En.Razaq n En.Ali..Trima kasih kerana mendidik saya..



Assalamualaikum wbt..

Dah lama aku (someone else) tak update blog, jadi entri hari ni aku nak kongsi puisi yang dah lama aku siapkan.Ehem.


Rintihan..

Ya Allah..
Perasaan apakah ini
Selalu menghambat ketenanganku
Selalu mengamit kegelisahanku


Ya Allah..
Malunya aku terhadapMu
Layakkah aku punya rasa seperti itu
Sedangkan aku masih lalai mengingatiMu
Selalu alpa selawat kepada kekasihMu

Ya Allah..
Dekatkanlah aku denganMu
Rindukanlah aku akanMu
Penuhilah dadaku dengan cintaMu


Ya Rabb..
Berikanlah aku kekuatan hati
Agar tidak tersungkur
menurut kata musuh dalam diriku

Ya Rabb..
Aku memohon kepadaMu
Agar aku sentiasa dalam perlindunganMu
Dan pemerhatianMu

p/s : so..how?? ;)

Sunday, May 8, 2011

HARI IBU !!! PERLU KE SAMBUT????

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
ENTRY AKU ARI NI PASAL HARI IBU
PERLU KE SAMBUT ARI IBU NI
X KAN LA BILA TIME ARI IBU JE BARU KITA NAK HARGAI IBU KITA
NAMPAK SANGAT LAA ORANG TU MACAM X HARGAI IBU MEREKA WALAUPUN MEREKA MASIH BERSAMA IBU MEREKA
DAN APA PERASAAN MEREKA YANG SUDAH TIADA IBU DAN BAPA
KENAPA HARI IBU NI DI SAMBUT ADALAH KERANA ADA KISAH PASAL MOTHER-MOTHER PADERI NI KOT
X PERLU LAH KITA ORANG MELAYU NI NAK TIRU CARA ORANG PUTIH
SEDAR LA DIRI TU ORANG MELAYU
DALAM AL-QURAN PON X PERNAH MENYATAKAN PASAL ARI IBU NI,YANG KORANG SAMBUT NI APA PASAL..
JADI LAH ORANG MUKMIN YANG SEJATI DAN BUKAN LAH ISLAM SEMATA-MATA D MYKAD
BAGI AKU,HARI-HARI ADALAH HARI IBU DAN HARI-HARI ADALAH HARI BAPA
LAIN LAH KALU HARI KELAHIRAN IBU DAN BAPA KITA..
HARGAI LAH IBU BAPA KITA SEMENTARA MEREKA MASIH BERSAMA KITA DAN MASIH HIDUP...
SEKIAN SAJA ENTRY SAYA PADA HARI INI..

"MAK TERIMA KASIH KERANA MELAHIR KAN SAYA"
*UCAPAN NI AKU TELAH UCAP BUKAN SEMASA ARI IBU TAPI ATAS KESEDARAN AKU SELEPAS DI BERI PETUNJUK OLEH YANG MAHA ESA








Wednesday, May 4, 2011

3 mei 2010

pada 3 mei 2011
tarikh kramat bagi plajar-plajar pngurusan
berakhir nya paper terakhir bagi final exam


"maka,dengan ini saya mengistiharkan bahawa tamatlah sudah semester 2 dan berakhirlah tahun satu.....dikesempatan ini saya ingin mengucapkan infiniti terima kasih kepada rakan taulan,sahabat handai dan sebagainya kerana telah memjayakan lakonan kita sepanjang sem 2 ini...akhir kata saya ingin minta maaf andai kata ada terkasar  bhsa,tersalah kata,tersalah tatabahasa dan sebagainya."





no more exam 4 this sem..hehehehe..
klik sini untuk pic sepnjang exam

Sunday, May 1, 2011

rALO ke MiRA

d tgah malam yang hening dingin sunyi sepi ni
aku nk cter pasal RALO
haaa msti ade yg trtanya-tanya kan..hehehe
RALO  adlah campuran kopi RADIX dan MILO
so aku pnggil la RALO..hahahaha..
tapi kalu MILO campur RADIX bunyi nye MIRA..
x sdap bunyi MIRA tu pasal ada kisah d sebalik nama tu..hehehe
kepada sape-sape yang nak mencuba,sila kan lah..
rasa nya memang enak lunak berkrim...
jadi selamat mencuba..



                                                    *aku suke ayat 'mai secawan'


                                                                              +


                                                            *milo my feveret

                                                                       =


                                       RALO


                                                                                      untuk gmbar klik --> sini